Di dalam siri permulaan ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah. Bila mana untuk menjadi seorang pendakwah itu, seseorang itu mestilah tahu selok-belok medan dakwah agar dengan itu,seorang pendakwah dapat membuat persiapan rapi dan menyediakan diri serta jama'ah bagi menjamin keselamatan perjalanan dan cita-cita hidup mereka sebagai angkatan dai'e. Seharusnya, tuntutan ini hendaklah diberikan perhatian berat, seandainya mereka tidak ingin berlakunya kekecewaan dalam perjuangan.
PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:
i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya
KEDUA --- Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:
i) Orang yang sentiasa bertaubat
ii) Orang yang ‘abid
iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Orang yang berpuasa atau berkelana
v) Orang yang rukuk dan sujud
vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar
vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah Subhanahu
Wata’ala
KETIGA — Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:
i) Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak
ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur
iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar
iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan
memperkatakan yang bathil
v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap
KEEMPAT —Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:
i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya
ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung
kepadaNya
iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala
v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala
vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala
vii) Redha
viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam
Sesungguhnya para Du’at dalam konteks menanggung beban perjuangan untuk menegakkan kebenaran Allah Subhanahu Wata’ala dan menyebarkan panji Allah Subhanahu Wata’ala bagi menegak negara Al Qur’an hendaklah menginsafi hakikat yang fundamental ini. Hal ini telah pun disebut oleh salah seorang pemimpin harakah semasa yang mendapat petunjuk dari Allah
Subhanahu Wata’ala. Beliau berpesan:
Subhanahu Wata’ala. Beliau berpesan:
“Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia akan terbina pula di tanahair saudara.”
Akhirnya marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar memberi taufiq dalam amalan kita serta menganugerahkan keikhlasan dalam mengerjakannya. Di samping itu kita sentiasa beramal dan istiqamah dalam hidup.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:
“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah Subhanahu Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah Subhahahu Wata’ala menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105)
No comments:
Post a Comment