Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday 10 January 2008

Program Perbandingan Agama


Bolehkah kita "mempergunakan" agama lain untuk berdakwah kepada non-Muslim? Betulkah Islam adalah agama yang lebih baik daripada semua agama lain yang ada kat luar sana? Bagaimana untuk buktikan Islam adalah agama yang benar dengan mengenali agama-agama lain? Sertai program Friendly Comparative Religion (FCR) di Islamic Information & Services (IIS) and find out for yourself!!!Semua butiran FCR di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada Hilyah binti Mohd Khalid (012 735 3639) atau Raja Ahmad Zahir (012 651 2229).



Program Perbandingan Agama
Kursus Mingguan
Selama 3 Bulan
Fasa 1

Da'wah kepada
Bukan Islam

Tarikh:
Setiap Rabu
9 Januari - 26 Mac 2008
8.00 mlm - 10.30 mlm

Tempat:
Dewan IIS,
1-5-2 Prima Peninsula,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.
Tel: 6-03-4260-4160

Dikendalikan oleh:

Shah Kirit
Khaw Lek Ming
Mas Yuri
Mohamad Noranuar
Rahmat Ali
Edry
Raja Ahmad Zahir
Faisal Arbain
Divesh Danial
Faisal Arbain

AGENDA
Rabu, 9 Januari - 26 Mac 2008


9 Jan Kenapa Perbandingan Agama

16 Jan Kewajiban Berdakwah

23 Jan Salah Tanggapan Terhadap Islam (Bahagian 1)

30 Jan Salah Tanggapan Terhadap Islam (Bahagian 2)

6 Feb Menerangkan Islam Kepada Bukan Islam

13 Feb Kristianiti (Bahagian 1)

20 Feb Kristianiti (Bahagian 2)

27 Feb Hindu, Sikh, Jain & Bahai

5 Mac Buddha, Tao, Konfusious

12 Mac Memahami Muallaf

19 Mac Islam & Sains Moden

26 Mac Majlis Penutup & Penyampaian Sijil

Assalamu-Alaikum ,


Selamat datang ke program IIS. Latihan ini akan mengambil masa 3 bulan, dan akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu.
Untuk pengetahuan anda, kursus yang serupa juga dijalankan di IIS selama 2 hari secara intensif bagi setiap minggu ketiga setiap bulan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Objektif
1. Untuk berkongsi maklumat dan memahami pelbagai agama di Malaysia.
2. Untuk mempromosi kesedaran tentang perlunya menyampaikan da'wah Islam.
3. Memperkenalkan fakta penting yang bersesuaian dengan suasana dan kumpulan tertentu.
4. Menanam kesedaran umum tentang perlunya metodologi da'wah yang berkesan.
5. Meninggikan semangat ummah yang dilanda krisis.

· Program dijalankan dalam BAHASA MELAYU
· Yuran : RM 1 20 bagi setiap peserta
: RM 60 bagi pelajar
(Yuran adalah sumbangan kepada kos penyelenggaraan IIS).

Bahan-bahan tidak dibekalkan, namun anda amat digalakkan memiliki bahan berikut:
· Bible
· Combat Kit
· Dialog Masalah Ketuhanan Jesus
· Qur'an & Modern Science
· Follow Jesus or Follow Paul
· 20 Soalan Paling Lazim Terhadap Islam
· VCD dan DVD Ahmad Deedat, Dr Zakir Naik dll

Fasilitator
1) Shah Kirit
· Bekas penganut Hindu, memeluk Islam pada tahun 1996.
· Menyertai kursus intensif perbandingan agama "International Da'wah Training Program" di Mumbai, India dikelolakan oleh Presiden, IRF, Dr. Zakir Abdul Karim Naik.
· Menyertai kursus "Training the Trainer", dikelolakan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo dari IET, Nigeria.
· Penceramah Jemputan di Gereja & Dialog Antara Agama
· Pegawai Da'wah, IIS.
· Pengurus, Saba Islamic Media, Maju Junction Mall, KL.


2) Khaw Lek Ming
· Bekas penganut Buddha, memeluk Islam pada tahun 2005.
· Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Mikrobiologi, UM


3 ) Mas Yuri
· Pensyarah, International University College of Technology Twintech (IUCTT).
· Penyelidik Bible.


4 ) Mohamad Noranuar
· Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah & Ekonomi, UM.
· Eksekutif Kanan, CIMB Islamic


5 ) Rahmat Ali
· Penuntut Kreatif Multimedia, MMU Cyberjaya.
· Penyelidik Kristianiti


6 ) Edry
· Penuntut Kreatif Multimedia, MMU Cyberjaya.
· Exco Institut Usrah, MMU Cyberjaya


7 ) Raja Ahmad Zahir
· Lulusan Ijazah Sarjana Muda Genetik & Molekular Biologi, UM
· Penyelidik Aplikasi Sains Genetik dengan Islam


8) Faisal Arbain
· Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kreatif Multimedia, MMU
· Pengarah, Flavert Medialab Sdn Bhd


8) Divesh Danial
· Bekas penganut Hindu, memeluk Islam pada tahun 1997
· Eksekutif Pemasaran MESRA, Saba Islamic Media

A. Tentang IIS
Islamic Information & Services (IIS) Foundation adalah sebuah badan pertubuhan da'wah yang berdaftar, mempunyai pejabat dan ahli-ahli jawatankuasa yang terlantik.

Objektif IIS adalah seperti berikut:
· Menyiarkan maklumat tentang Islam dan perkara-perkara yang berkaitan
· Menangani salah-faham terhadap Islam
· Mengadakan aktiviti Islah - membasmi keraguan dan menguatkan keyakinan ummat Islam
· Menganjurkan kursus mengenai Islam dan yang berkaitan
· Menyediakan khidmat kepada mu'allaf
· Menganjurkan kursus bagi pendakwah dan daie'i
· Menyediakan khidmat untuk kemaslahatan masyarakat
· Mendekati remaja Muslim dengan menganjurkan kursus-kursus yang menarik dan berfaedah
· Menganjurkan ideal Islam sebagai teras hidup yang sempurna bagi masyarakat majmuk

B. Bahan-bahan Seminar
Kami mancadangkan agar anda membaca, memahami dan mengingati fakta-fakta yang diperolehi daripada bahan-bahan yang disediakan.

C. Tempat Letak Kereta
Terdapat banyak tempat letak kereta PERCUMA di ruang terbuka bertentangan outlet Saba. Tempat letak kereta di dalam bangunan adalah berbayar.

D. Surau & Tandas
Terdapat Surau yang berasingan untuk lelaki & wanita terletak di antara outlet Saba dan Maybank di tingkat 2. Tandas juga didapati pada setiap tingkat.

E . Borang Maklumbalas
Kami menghargai komen & maklumbalas untuk menjadikan seminar akan datang lebih bermakna dan bermanfaat kepada semua.


Sila isikan Borang Maklumbalas dan serahkan kepada Sekretariat. Anda juga boleh berbuat demikian ketika program ini dijalankan

No comments: