Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 1 January 2008

ADAT RESAM & PANTANG LARANG KAUM CINA



Penyapu
Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu. Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu boleh‘diugut’ sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan.


Adakalanya penyapu digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu.




Nombor
Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah.

Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.


Misai dan Janggut
Sesiapa yang gemar menyimpan misaim ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya. Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai
pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.


Kuku jari kaki dan tangan
Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.



Airmata anjing
Adalah dipercayai, anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila terserempak dengannya. Jikalau anjing itu menyalak tidak terhenti-henti, bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang Cina, airmata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek moyang. Seorang perantara biasanya akan menyapu airmata anjing keatas mata tersebut untuk melihat ke dalam dunia ghaib itu.
Ada yang percaya bahawa sesiapa yang melakukannya dengan sesuka hati, mereka akan ditimpa kematian.


Lain-lain kepercayaan dan pantang larang.
- Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu
atau ayahnya
- Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti
seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang
sekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara
11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.
- Yarrow, iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan dan cangkerang kura-kura dianggap
sebagai benda pembawa tuah.

9 comments:

Anonymous said...

tq kerana kongsi maklumat

Anonymous said...

thanks for this information...i'm using it for my presentation =)

yiing said...

thx for the information..
btw, the airmata anjing there at the last word sentence haven finish
"......mereka akan ditimpa kematian kerana." mayb still got some word..

Anonymous said...

your information has no concrete evidence of thorough study in others culture

Anonymous said...

lol......my mom says adat resam is all about perkahwinan and something like that la...USELESS!!!!! -__-zzzz

Anonymous said...

aigoo... this is not adat resam maa.. this is amalan kepercayaan only..
4 ur information.. adat resam means something that they do it from generation to another generation..
such as... wedding party, birth.. death ceremony..

Anonymous said...

Thanks ! Last minit baru nak buat skrap book pasal adat resam

Anonymous said...

thanks for the info!! :*

Anonymous said...

Tq for my essay.