Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday 11 March 2007

Kepercayaan dan Perayaan Kaum Cina (Buddha)

Kebanyakkan daripada kaum Cina di Malaysia adalah bukan Muslim dan kepercayaan
mereka terdiri daripada pelbagai pantang larang, tradisi dan adat resam budaya Cina
dan berasaskan kepada ajaran Buddhisma, Taoisma dan Konfuciasma.

Kitab-kitab Suci:

Buddhisma
· Teks Mahayana – Terdiri dpr 7 buah buku
· Dhammapada
· Lotus Sutra
· Dialog dengan Buddha

Taoisma
· Tao Te Ching
· Chiang Tzu

Konfuciasma
· Confucian Analects
· Mencius
· Doctrine of Mean
· Great Learning

Buddhisma
Asal-usul Buddhisma adalah dari India dan memasuki China pada zaman pemerintahan
Han Min Ti lebih kurang pada tahun 65 selepas Masihi dan pada masa yang sama Buku
Revelation dalam Kitab Perjanjian Baru ditulis. Walaupun Buddhisma telah wujud di
China pada peringkat yang awal, ia hanya mendapat pengikut-pengikut yang ramai
pada tahun 290 Selepas Masihi. Ia menjadi popular apabila sering berlakunya rusuhan
dan pencerobohan orang-orang kejam. Ajaran Buddha yang menitikberatkan
kepentingan masyarakat dan keluarga mendapat sambutan yang baik ketika zaman
yang penuh dengan ketidakpastian itu.

Pengasas agama Buddha adalah seorng putera daridapa kerajaan Sakya, India yang
bernama Siddhartha Gautama. Beliau sebaya dengan seornag falsafah dari China iaitu
Konfucius. Sebagai seorang putera, beliau menikmati kemewahan sejak lahir dan tidak
tahu akan keadaan di luar istana. Pada satu hari kemudian, beliau terserempak dengan
tidak sengaja penderitaan rakyatnya dan beliau berasa sungguh sedih lalu
meninggalkan istananya dan mula mencari jalan untuk melegakan penderitaan
manusia.


Semasa bertapa di bawah pokok Bo, beliau seperti menerima wahyu dan mengalami
satu kesedaran lalu menjadi Buddha. Buddha berkata bahawa nafsu adalah punca
penderitaan dan kesusahan dan jikalau dapat menentang nafsu kita akan dapat
melegakan penderitaan.

Beliau menganjurkan satu sitem pertapaan dan mengikut undang-undang
yangterdapat dalam “The 8 Fold Path”. Undang-undang yangterdapat dalam “The 8
Fold Path yang seperti Hukum 10 (10 Commandments) dalam agama Judaisma.
Objektif seseorang supaya mencapai tahap “Nirvana” (mengalami kententeraman
rohani), di mana idaman, perselisihan dan kesakitan dapati di atasi dan rohani seseorng
itu akan merasa kelarasan yang berkekalan.

Buddhisma terbahagi kepada 2 bahagian di peringkat awal perkembangan ajarannya
iaitu Mahayana dan Hinayana. Ajaran dalam Hinayana mempunyai
Buddhisma yang dianuti di China, Korea, Jepun , Tibet, Nepal dan Vietnam adalah yang
terdapat dalam ajaran Mahayana Buddhisma yang menggabungkan beberapa
amalan dan tradisi seperti memohan doa berulang kali, kepercayaan tentang syurga,
patung-patung berhala(Bodhisattvas). Di negara China, ia terbahagi kepada beberapa
kumpulan termasuk Ch’an (Zen di Jepun), Tien-t’ai (Tendai di Jepun) dan “Pure Land”.

No comments: