Assalaamualaikum w.b.t kepada semua pembaca yang budiman sekalian...
MUKADIMMAH
Mungkin ini kali pertama saya mengeluarkan artikel dalam bahasa melayu. Ini kerana, pada pemerhatian saya, saya merasakan perlunya ada variasi bahasa (Inggeris & melayu) dalam blog ini, kerna ada dikalangan pembaca yang lebih berminat membaca artikel bahasa ibundanya sendiri.Kerana apa semua ini? adakah ada dikalangan kita yang lemah dalam menguasai bahasa inggeris ? atau sememangnya orang melayu ini lebih mudah memahami setiap prosa dan tutur kata bahasa melayu berbanding bahasa inggeris? tidak kira apa jua "reason" yang kita berikan,sememangnya dalam menempuhi dunia globalisasi ini, kita bertemu dengan MAD'U yang pelbagai latar belakang. Justeru, kita perlu menguasasi pelbagai bahasa selain bahasa ibunda sendiri. Termasuklah bahasa arab,inggeris mahupun bahasa cina.
DAKWAH
Apa ertinya DAKWAH? kalau dahulu pada zaman persekolahan saya hanya mengenal dakwah itu pada ustaz-ustazah, dakwah itu kawan-kawan yang bersekolah di sekolah agama dan dakwah itu merujuk kepada ceramah-ceramah agama di surau dan masjid. Itulah definasi dakwah bagi seorang remaja belasan tahun, yang latar belakangnya bukan dari sekolah menengah agama. Walaupun pernah bersekolah di SAR, namun semua itu tidak mencukupi untuk mengenal dan menghayati definasi dakwah. Selain itu saya hanya mengenal dakwah pada sekumpulan orang yang selalu datang di kawasan perumahan kami, pergi dari satu rumah ke rumah, mengajak kami pergi ke masjid untuk mendengar kuliah yang dianjurkan mereka, seterusnya dijamu dengan makanan yang enak.
MENGENAL DUNIA DAKWAH
Namun, Takdir Allah menentukan segala-galanya. Sewaktu di awal pengajian di sekolah menengah, saya telah dipertemukan dengan sebuah Komik bertajuk "Mencari Kebenaran=suatu dialog ISLAM-KRISTIAN". Mungkin ini sebagai mukadimmah saya dalam dunia dakwah. Bila mula sahaja membaca komik itu, dunia luar seolah-olah tiada, ralitnya terlalu mengasyikkan, wah..hebatnya ustaz di dalam komik ini, seolah-olah macam Hafiz Al-Quran & Bible. Setiap Hujah yang keluar dari ustaz dalam komik itu dikeluarkan berdasarkan dalil dari Al-Quran & Bible, dan yang paling kagum sekali bilamana akhirnya dengan takdir Allah, lelaki yang beragama kristian itu memeluk Islam di pada bab yang terakhir. Lantas, saya berfikir," mampukah aku menjadi seperti ustaz ini? Namun, pengalaman membaca komik sebegitu hanya tinggal sebagai memori indah.
Lantas, sewaktu saya melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), saya melibatkan diri dengan jawatankuasa surau. Melalui medium itulah, saya dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang mengikuti Institusi Usrah. Dari situlah saya mula berjinak-jinak secara langsung dengan dunia dakwah. Bergerak dalam Organisasi, JPP (a.k.a MPP) dan Jawatankuasa surau sebagai "Proxy" kami.Pengalaman pertama memberi semangat kepada saya untuk terus istiqamah di kampus Uni Perdana (UM) ini.
Sewaktu di kampus, saya seperti sahabat yang terlibat dalam dunia dakwah ni bukan sahaja mengikuti usrah, malah kami jua sebagai Naqib/Naqibah Usrah. Berpayungkan PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam UM) sebagai wasilah kami dikampus. Namun pada saya itu tidak mencukupi, saya mencari ruang ilmu yang lain, yakni ilmu dakwah khusus kepada Non-Muslim. Alhamdulillah, saya sempat menghabiskan kursus (FCR) selama setahun di IIS (Islamic Information & Services Foundation) di setiawangsa, Ampang. Kursus ini di ajar oleh Bro.Shah kirit dan kawan-kawannya yang lain seperti Bro.Lim dan Bro Engku Fauzi. Syukur pada Allah, pengalaman menuntut disana selama setahun tidak saya sia-siakan.
MYSELF & DA'WAH
Mungkin beberapa pengalaman yang sedikit boleh dikongsi dalam blog ini. Saya ada bertemu dengan seseorang yang dalam proses mencari kebebaran. Amat menakjubkan saya apabila mad'u saya ini dikatakan tidur dengan "Tafsir Al-Quran". Proses untuk menemukan dengan kebenaran yang terulung masih lagi berjalan. Ada juga saya berdiskusi dengan rakan-rakan dari persatuan kristian. Kami berdialog tentang kristian dan Jesus. Selain itu, YM (yahoo messenger) dan Group-group kristian (Katholik atau Protestant) di dalam Frienster juga boleh dijadikan sebagai medium untuk kita berdakwah. Terdapat banyak persoalan yang kita boleh utarakan, salah satunya tentang Ketulenan Bible, Percanggahan di dalam Bible, dan ayat-ayat Bible yang menceritakan tentang kedatangan Muhammad S.A.W
Namun segala pengalaman itu masih belum mencukupi, kita harus terus menerus mengkaji, membaca pelbagai buku, berdiskusi dengan ramai mad'u, supaya segala pengalaman kita dapat dijadikan sebagai alat untuk menawan hati mad'u ini.
Saya masih lagi dalam pertengahan perjalanan dalam dunia dakwah, terlalu banyak rintangan dan halangan yang saya perlu hadapi kelak, anda pula bagaimana....?
No comments:
Post a Comment