Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, 11 August 2007

KONFUCIANISMA


Konfucianisma

Konfuciasma diasaskan oleh Konfucias sendiri dan dibangunkan oleh Mensius dan di panggil sebagai “Petunjuk Konfucias dan Mencius”. Pada zaman Dinasti Han, Konfuciasma di terima secara rasmi dan ajaran kumpulan yang lain ditindas oleh pemerintah Han untuk
mengambil balik kuasa. Konfuciasma lalu berkembang dan menjadi pengaruh terbesar dalam sejarah dan budaya Cina selama 2000 tahun. Ia kemudian menyebar ke Negara Korea dan Jepun dan juga mempengaruhi kedua-dua budaya itu. Beliau dan ajarannya telah membawa kesan yang sungguh besar ke atas tamaddun Cina. Selama 2000 tahun, Ajaran Konfucias telah mempengaruhi sikap orang Cina terhadap kehidupan, mereka satu sistem corak kehidupan dan taraf nilai masyarakat, mendirikan satu bentuk piawaian untuk pegawai kerajaan dan memperlengkapkan latarbelakang teori politik Cina.



Siapakah Konfucius?


Konfucius (551 B.C. - 479 B.C.), pengasas Konfucianisma dilahirkan di Qufu, Daerah Shandong. Nama asal beliau adalah Kong Qiu dan dihormati sebagai Kong Fuzi atau Kong Zi. Beliau adalah seorang pemikir dan pendidik yang terkemuka pada lewat zaman Musim bunga dan Luruh. Dia
datang daripada keluarga miskin, tetapi mendapat pendidikan yang baik. Beliau dikatakan mengambiljawatan sebagai Perdana Menteri untuk Negeri Lu. Akan tetapi, musuh politiknya berkomplot untuk memaksa beliau untuk bersara pada umur 55. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan pengikutnya ke negeri-negeri yang bersaing supaya menyebarkan ajarannya dan menjadi penasihat kepada pemimpin bagaiamana untuk memerintah tetapi beliau merasa sungguh hampa sekali. Beliau memasuki bidang pendidikan dengam 3000 pengikut dan 72 yang terkenal pada lewat usia menurut lagenda. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 Sebelum Masihi. Di dalam bidang politik, Konfucias menitikberatkan strata-strata masyarakat yang tegas supaya mengekalkan kesejahteraan orang awam dan menentang pemupukan moral dan melawan kezaliman. Prinsip akhlak yang paling penting dalam anjuran beliau adalah kebajikan atau ren dalam bahasa Cina. Dalam konsep pendidikan pula, beliau menekankan pentingnya memupuk bakat seorang individu dalam pendidikan dan gabungan antara pemikiran dan pelajaran, dan berkata” belajar tanpa berfikir akan mengakibatkan kebingungan dan hasil berfikir tanpa belajar ialah kelekaan.

Konfuciasma adalah satu sistem philosofi dan keperimanusiaan dan sebaliknya bukan satu agama walau ia ada menyifatkan beberapa ciri-ciri keagamaan. Konfucius dan Mencius tidak berniat untuk mengasakan satu agama walaupun mereka disemadikan di seluruh negara Cina.
Konfucias hidup di masa kehuruharaan sosial dan juga moral, apabila nilai murni ditolak
dan tidak dihiraukan. Dalam zaman tidak pasti dan ketakutan, Konfuciasma berkembang dan akhirnya mengubah masyarakat Cina dengan nilai-nilai yang wujud berabad-abad.


Apabila beliau melihat perbezaan yang wajar di antara perpecahan dan kurangnya
kesejahteraan yang wujud dalam masyarakat yang tidak aman dan huru hara
berbanding dengan keharmonian dan kemurnian, falsafah beliau dialu-alukan untuk
memperbaiki nilai dan kebiasaan. Dalam dinasti Qin, Maharaja Shi Huang membakarkan dan memusnahkan buku-buku Konfuciasma supaya mengalakkan perpecahan untuk memudahkan pemerintahannya dan Maharaja itu digulingkan. Di Dinasti Han pula zaman pemerintahan Maharaja Wu(140SM -87 SM), Konficiasma diterima sebagai idealogi rasmi negeri dan ortodoxi kerana Konfuciasma mendakwa bahawa perihal diraja adalah iktirafan oleh tuhan dan
idealogi lain di haramkan secara rasmi untuk mrengekalkan undang-undang, strata sosial dan kesejahteraan masyarakat dengan nilai Konfucias. Semanjak itu, idealogi yang lain tidak mempunyai peluang untuk diperlaksanakan. Sebab-sebab mengapa Konfucianisma sungguh
berpengaruh kerana ia sesuai dengan keperluan orang atasan (pegawai istana). Ia adalah sistem yang sempurna untuk orang umum dan orang atasan. Konfucianisma berpendapat bahawa pemerintah adalah seperti bapa kepada masyarakat yang mengawasi dan menjaga keperluan asas mereka. Ia juga mengalakkan pegawai-pegawai kerajaan supaya patuh kepada pemimpim mereka dan tidak berkhidmat untuk yang korup; Kuasa sepenuh seorang raja ke atas rakyatnya, suami ke atas isteri dan bapa ke atas anaknya dan menekankan lima sifat murni iaitu, kebajikan (ren), kebijaksanaan (zhi), kebaikan (yi), kesopanan(li) dan kesetiaan(xin) sebagai etik

Konfuciasma tidak mengenalkan hak manusia dan maruah wanita dan menurut Konfucianisma, wanita mesti patuh kepada ayahnya jika sebelum kahwin, patuh kepada suami selepas kahwin, patuh kepada anak lelaki kika menjadi balu. Mereka juga mesti menjaga tatacara, nilai moralnya dan mesti rajin mengendalikan kerja mereka. Jikalau mereka dijumpai tidak patuh, bercurang, mandul, berasa cemburu, mencuri dan lain lain, mereka boleh diceraikan tanpa mempertimbangan sebabsebabnya.

No comments: